­

Hubungan Di Internet Terlalu Mesra?

3:52 PM



BAGI menilai sama ada hubungan anda dalam talian terlalu mesra ataupun tidak, nyatakan 'ya' atau 'tidak' pada soalan berikut.
1. Adakah anda kerap tidur lewat kerana asyik bersembang dalam talian?
2. Adakah anda pernah bergegas menutup laman web kerana enggan anggota keluarga melihatnya?
3. Adakah anda pernah membohongi pasangan anda berhubung kegiatan anda dalam talian?
4. Adakah anda berasa kurang selesa berkongsi apa jua balas-membalas e-mel dengan pasangan anda?
5. Adakah anda pernah membuka akaun e-mel berbeza agar dapat terus berhubungan dengan individu itu?
6. Adakah berbalasan e-mel memberi kesan negatif ke atas kerja atau tugasan di rumah?
7. Pernahkah anda berbohong dengan pasangan anda apabila ditanya mengenai balas-membalas e-mel?
8. Pernahkah anda saling bertukar gambar dengan teman yang anda kenali melalui e-mel?
9. Sejak berbalasan e-mel rahsia itu, adakah anda mengalami kekurangan atau pertambahan rangsangan seks terhadap pasangan anda?
10. Pernahkah anda mengatur rancangan untuk berbual secara rahsia melalui telefon dengan teman dalam talian anda itu?
11. Pernahkah anda mengatur rancangan untuk bertemu dengannya?
PENILAIAN
  • Soalan 1, 2, 3 dan 4: Jika anda menjawab 'ya' bagi dua atau lebih daripada soalan itu:
Ia petanda hubungan mesra anda melalui Internet berpotensi menjadi mekar. Sudah tiba masanya anda berkongsi kegiatan dalam talian dengan pasangan anda. Atau, putuskan sahaja hubungan itu dan cari jalan bagi memperbaiki perkahwinan anda.
  • Soalan 5, 6 dan 7: Jika anda menjawab 'ya' bagi salah satu daripada soalan itu:
Ia petanda anda sudah melewati batasan daripada sekadar sahabat di Internet dan kini menjalin hubungan asmara. Anda harus menerima kenyataan ini dan bukan menafikannya. Ambil tindakan segera untuk mempertahankan rumah tangga anda.
  • Soalan 8 atau 9: Jika anda menjawab 'ya' bagi salah satu daripadanya:
Ia petanda anda sudah memulakan hubungan asmara penuh fantasi dengan kenalan dalam talian itu. Jika ia tidak beralih ke peringkat fizikal sekali pun, hubungan sebegitu berpotensi besar boleh merosak atau memusnahkan perkahwinan anda.
  • Soalan 10 atau 11: Jika anda menjawab 'ya':
Ia petanda anda telah mengambil langkah bagi memulakan satu hubungan sulit. Pertimbangkan kesannya ke atas rumah tangga dan anak-anak anda. Ambil langkah segera untuk mendapatkan nasihat profesional.
Sumber: Buku Not 'Just Friends', karya Dr Shirley Glass.
Dari lelaman: http://beritaharian.sg/gah/mahligai/hubungan-di-internet-terlalu-mesra

You Might Also Like

0 comments