Friday, December 23, 2011

2000 Visitors

بسم الله الرحمن الرحيم

Celebrating 2000 Visitors!!!


Thursday, December 15, 2011

Titisan darah terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai Engkau
Aku adalah insan yang membutuhkan kasihMu,
CintaMu yang Maha Agung sangat penting bagiku,
Tapi aku sering melupakannya kerana nafsuku,
Perbuatanku, pekerjaanku hanyalah semata-mata mengejar duniaku,

Wahai Engkau
Engkau tahu bahawa aku memerlukan kasih sayangMu,
Engkau telah banyak memberikan kesenangan dan kebahagiaan padaku,
Engkau berikan aku orang tua yang sangat mengasihiku,
Engkau Maha Tahu segala isi hati dan keperluanku,

Wahai Engkau
Airmata yang mengalir ketika melahirkan itulah ibuku,
Sembilan bulan sepuluh hari tidak mudah bagi sang ibu,
Ayahku berhempas-pulas mencari nafkah untuk ibu dan aku,
Dialah seorang ayah yang mencari sesuap nasi untukku,

Wahai Engkau
Ibu bapaku telah banyak mengorbankan masanya,
Tatkala senang dan susah waktunya,
Pengorbanan mereka terhadapku sangat luar biasa,
Membesarkanku, mendidikku dengan usaha, doa dan nyawa,

Wahai Engkau
Sungguh besar perjuangan seorang ibu terhadap anaknya,
Dari Safar ke Marwa sang ibu mencari air di bawah mentari terik sinarannya,
Hanya Engkau yang mengerti akan keimanan dan ketabahan dihatinya,
Seorang ibu yang disebutkan dalam firmanmu Siti Hajar namanya,

Wahai Engkau
Tiada siapa yang sanggup mengorbankan nyawa insan yang disayangi,
Ayah mana yang sanggup menyembelih anaknya sendiri,
Pengorbanan Ibrahim dan Ismail hanyalah untuk Illahi,
Tidak seperti aku yang mementingkan dunia dan takutkan mati,

Wahai Engkau,
Sesungguhnya Engkaulah tempat segala doa bagiku,
Kasih ibu dan ayah kan ku cuba membalasnya dengan doa kepadaMu,
Terima kasih wahai Engkau yang telah meberikan Al-Quran sebagai pedomanku,
Terima kasih ibu dan ayah yang banyak berkorban untukku,

Wahai Engkau,
Jadikanlah aku seperti Ismail yang sanggup menyerahkan dirinya,
Menyerahkan jiwa dan darahnya suatu pengorbanan yang amat besar,
Jadikanlah aku seorang insan yang mengerti akan maksud cinta dan pengorbanan,
Sebuah cinta dan pengorbanan yang dapat ku berikanMu hingga titisan darah terakhir.

                                                            …..

Wednesday, September 14, 2011

Kembali Berjuang

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah 24 hari sudah berlalu,
Beberapa jam nanti akan aku pergi,
Selamat tinggal keluarga dan teman-temanku,
InsyaAllah akan aku kembali lagi.

24 hari aku di sini,
Pengalaman cukup manis bagiku ini,
Tidakku lupakan dalam hatiku ini,
Bersama semua insan-insan yang aku sayangi.

Anak Singapura sudah siap berangkat,
Belajar di Yogya tempatnya Kaliurang,
Doakanlah semua agar aku semangat,
Sudah masanya untuk aku kembali berjuang.


-Insanbiasa-akukhair-

Tuesday, August 23, 2011

Kadar perkahwinan S'pura tahun lalu terendah dalam sejarah

بسم الله الرحمن الرحيم


SINGAPURA mencatat sejarah apabila kadar perkahwinan negara merosot ke paras terendah tahun lalu.Ini kerana, lebih ramai lelaki dan wanita memilih hidup membujang dan tidak mendirikan rumah tangga.

Perangkaan terkini yang dikeluarkan Jabatan Statistiks (DOS) semalam menunjukkan 39.4 perkahwinan dicatatkan tahun lalu bagi setiap 1,000 lelaki yang belum berkahwin.

Kadar itu adalah sekitar empat peratusan mata lebih rendah berbanding 43.6 perkahwinan yang dicatatkan pada 2009.

Kadar penurunan hampir serupa turut dapat dilihat bagi kaum wanita, dengan 37.2 perkahwinan dicatatkan tahun lalu bagi setiap 1,000 wanita yang belum berkahwin berbanding 41.1 pada 2009.

Pada keseluruhannya, 24,363 perkahwinan direkodkan tahun lalu, berbanding 26,081 pada 2009.
Jumlah perkahwinan di kalangan pasangan Islam bagaimanapun mencatat peningkatan - daripada 4,021 pada 2009 kepada 4,133 tahun lalu.

Bagi mereka yang berkahwin, jumlah yang memilih pasangan daripada bangsa atau etnik lain tahun lalu merupakan yang tertinggi pernah dilihat dalam sejarah negara.

Sebanyak 3,550 perkahwinan tahun lalu adalah 'kahwin campur', berbanding 3,474 yang dicatatkan pada 2009.Trend serupa turut dilihat di kalangan perkahwinan orang Islam - dengan 1,378 perkahwinan 'kahwin campur' direkodkan tahun lalu berbanding 1,318 pada 2009.

Jumlah perkahwinan membabitkan remaja Islam juga semakin berkurangan.

Sebanyak 1.6 peratus pengantin lelaki Islam dan 6.6 peratus pengantin wanita Islam tahun lalu berusia 20 tahun ke bawah - berbanding 4.3 peratus dan 15.5 peratus pada tahun 2000.

Perangkaan DOS juga menunjukkan pasangan Singapura, termasuk pasangan Islam, kian lewat mendirikan rumah tangga.

Usia purata lelaki bukan Islam yang berkahwin kali pertama meningkat daripada 30.2 tahun pada 2009 kepada 30.4 tahun, tahun lalu, manakala usia purata wanita bukan Islam naik dari 27.7 kepada 28 tahun.

Pasangan Islam juga kahwin pada usia lebih tua - usia purata lelaki Islam naik daripada 27.8 kepada 28.1 tahun dan usia purata wanita Islam naik daripada 25.7 kepada 25.8 tahun.

Secara keseluruhan, bilangan perceraian dan pemansuhan perkahwinan meningkat, daripada 7,386 pada 2009 kepada 7,405 tahun lalu.

Namun di kalangan pasangan Islam, bilangan perceraian turun kepada 1,626 tahun lalu - pengurangan yang keempat sejak jumlah tertinggi 1,944 dicatatkan pada 2006.

Rekod perceraian di antara 54 pasangan muda Islam di bawah usia 25 tahun, tahun lalu juga adalah yang terendah sejak 2000.

~Dari lelaman Cyberita, 23 Jun 2011~

 

Tuesday, June 28, 2011

CABARAN MENJADI GOLONGAN GHURABA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Banyak perkara yang mengelirukan kita pada akhir zaman ini. Kita hidup di zaman yang penuh kekeliruan. Pemikiran kita bercampur-campur. Antara kekalutan situasi yang ada dan kerencaman pelbagai anasir yang wujud dalam menyelesaikan kekalutan itu. Banyak ketulenan sudah hilang. Agama yang asal juga diubah menurut kehendak penaja yang bercakap mengenainya. Bercampur baur antara sunnah dan bidaah. Semua perkara didagangkan, demikian agama juga dilelong. Siapakah yang jujur sukar dicari.

Setiap produk samada barangan ataupun politik cuba dikaitkan dengan nama agama untuk dilariskan jualannya. Agama dibengkuk dan dibentuk menurut kehendak pasaran. Pasaran makanan, pasaran pakaian, pasaran politik, pasaran pendidikan dan seumpamanya diberikan nama agama. Sehingga dari produk makanan, pakaian, politik dan segalanya ‘dicelup’ nama Islam. Kita pun sukar hendak pasti antara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan jujur keranaNYA, dan yang bertujuan mendekatkan wang kepadanya dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.

Inilah yang berlaku kepada golongan Ahlul Kitab yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini dari sisi Allah”, supaya mereka (dengan perbuatan itu) dapat membelinya dengan harga yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”. (Surah al-Baqarah, ayat 79).
Itulah Ahlul Kitab, mereka menggunakan nama Allah untuk produk diterima sekalipun ia sama sekali tidak berasal dari Allah dan hanya bidaah dan rekaan mereka semata.

Golongan Sedikit
Malangnya, di akhir zaman golongan yang menjadikan agama itu bersimpang siur telah menguasai keadaan. Sesiapa yang enggan dia tersepit di tengah ombak kecelaruan yang mengkaburkan. Banyak pendapat dan andaian muncul di sana-sini; sehingga kita tertanya-tanya siapakah yang jujur, siapakah yang berdagang agamanya. Siapakah yang patut kita bela? Inilah suasana dunia yang membaluti kita hari ini. Pendirian agama kita dipaksa oleh orang lain. Kita tidak diberi kebebasan berpegang dengan apa yang kita yakin dari dalil-dalil yang kita baca dari al-Quran dan Sunnah. Itu kadang-kala dianggap menyanggahi majoriti.
Kita tidak menafikan masih ada golongan yang soleh, tetapi mereka itu sedikit di akhir zaman, merekaghuraba`. Nabi bersabda:
“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).
Kata al-Imam Ahmad: “Jika mereka bukan ahlul hadis, aku tidak tahu siapa lagi”. Ertinya golongan yang berpegang kepada nas-nas Nabi s.a.w. itu akan tetap ada, ditentang dan dilawan, namun tetap bangkit.
Ya, di akhir zaman, golongan ini minoriti. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).
Ghuraba`
Ghuraba` atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, seperti mana seseorang yang pergi ke tempat baru yang dia tidak dikenali. Maka, dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk diselesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi.
Kedua; asing di sudut ruh dan pemikiran. Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyarakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing disebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, dikecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya, atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).
Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompok mereka, samada kabilah keturunan atau kumpulan-kumpulan yang wujud dalam dunia hari ini.
Biasanya, setiap puak mahu kita mengiyakan sahaja apa yang mereka kata. Jika mereka bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, kita sokong semua tindakan bangsa atau kabilah kita. Jika amalan tradisi yang bidaah dalam masyakat, disuruh terima sekalipun menyanggahi kitab dan sunnah. Kalau parti politik mereka mahu supaya kita tunduk kepada mereka samada yang benar atau yang salah. Demikian kumpulan dan organisasi dan seumpamanya.
Bagi mereka, jika tidak tunduk sepenuh itu tidak ada pendirian. Menyokong sebahagian perkara, berbeza dalam beberapa perkara dianggap berpendirian tidak teguh, kerana paksi mereka itu adalah kumpulan atau bangsa. Namun, golongan ghuraba’, paksi mereka adalah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Mereka itu‘Allah centric’, berpaksikan Allah dalam keputusan, sekalipun terpaksa berkorban jawatan, nama, rakan dan kedudukan.
Amatlah sukar untuk hidup sebagai ghuraba`. Tekanan perasaan dan jiwa akan melanda. Mungkin mudah untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, mereka dijanjikan syurga. Janji Nabi s.a.w:‘Beruntunglah ghuraba’. Golongan ghuraba’ bukan asing dinisbahkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah, tetapi asing dinisbah kepada keadaan sekeliling yang berbeza dengan kedua sumber agung itu. Namun, apakah pilihan yang ada, sedangkan Allah mengingatkan Nabi s.a.w: (maksudnya)
“Jika engkau taat kepada kebanyakan mereka di bumi ini, nescaya mereka menyesatkan engku dari jalan Allah” (Surah al-An’am, 116).
Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba’, berlari mencari keredhaan Allah, sekalipun dimusuhi makhluk. Firman (maksudnya):
“Maka larilah kepada Allah” (Surah al-Zariyyat, 50).
Hidup sebagai ghuraba’ bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakkal, keikhlasan, kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan, tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba’. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan.

Dari lelaman drmaza. :-)

Thursday, June 23, 2011

Kadar perkahwinan S'pura tahun lalu terendah dalam sejarah

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh
Shamsul Jangarodin

SINGAPURA mencatat sejarah apabila kadar perkahwinan negara merosot ke paras terendah tahun lalu.Ini kerana, lebih ramai lelaki dan wanita memilih hidup membujang dan tidak mendirikan rumah tangga.

Perangkaan terkini yang dikeluarkan Jabatan Statistiks (DOS) semalam menunjukkan 39.4 perkahwinan dicatatkan tahun lalu bagi setiap 1,000 lelaki yang belum berkahwin.

Kadar itu adalah sekitar empat peratusan mata lebih rendah berbanding 43.6 perkahwinan yang dicatatkan pada 2009.

Kadar penurunan hampir serupa turut dapat dilihat bagi kaum wanita, dengan 37.2 perkahwinan dicatatkan tahun lalu bagi setiap 1,000 wanita yang belum berkahwin berbanding 41.1 pada 2009.

Pada keseluruhannya, 24,363 perkahwinan direkodkan tahun lalu, berbanding 26,081 pada 2009.

Jumlah perkahwinan di kalangan pasangan Islam bagaimanapun mencatat peningkatan - daripada 4,021 pada 2009 kepada 4,133 tahun lalu.

Bagi mereka yang berkahwin, jumlah yang memilih pasangan daripada bangsa atau etnik lain tahun lalu merupakan yang tertinggi pernah dilihat dalam sejarah negara.

Sebanyak 3,550 perkahwinan tahun lalu adalah 'kahwin campur', berbanding 3,474 yang dicatatkan pada 2009.Trend serupa turut dilihat di kalangan perkahwinan orang Islam - dengan 1,378 perkahwinan 'kahwin campur' direkodkan tahun lalu berbanding 1,318 pada 2009.

Jumlah perkahwinan membabitkan remaja Islam juga semakin berkurangan.

Sebanyak 1.6 peratus pengantin lelaki Islam dan 6.6 peratus pengantin wanita Islam tahun lalu berusia 20 tahun ke bawah - berbanding 4.3 peratus dan 15.5 peratus pada tahun 2000.

Perangkaan DOS juga menunjukkan pasangan Singapura, termasuk pasangan Islam, kian lewat mendirikan rumah tangga.

Usia purata lelaki bukan Islam yang berkahwin kali pertama meningkat daripada 30.2 tahun pada 2009 kepada 30.4 tahun, tahun lalu, manakala usia purata wanita bukan Islam naik dari 27.7 kepada 28 tahun.

Pasangan Islam juga kahwin pada usia lebih tua - usia purata lelaki Islam naik daripada 27.8 kepada 28.1 tahun dan usia purata wanita Islam naik daripada 25.7 kepada 25.8 tahun.

Secara keseluruhan, bilangan perceraian dan pemansuhan perkahwinan meningkat, daripada 7,386 pada 2009 kepada 7,405 tahun lalu.

Namun di kalangan pasangan Islam, bilangan perceraian turun kepada 1,626 tahun lalu - pengurangan yang keempat sejak jumlah tertinggi 1,944 dicatatkan pada 2006.

Rekod perceraian di antara 54 pasangan muda Islam di bawah usia 25 tahun, tahun lalu juga adalah yang terendah sejak 2000.


~Dari lelaman Cyberita, 23 Jun 2011~

Saturday, June 18, 2011

Ilmu Dan Amal

بسم الله الرحمن الرحيم




Cari ilmu itu di mana-mana, tetapi yang lebih penting ialah mengamalkan ilmu yang diperolehnya itu…