‘Oral Seks' & Hukumnya
7:40 AM
‘Oral Seks' &
Hukumnya
Oleh: Zaharuddin Abd
Rahman
Soalan

Jawapan
Allah s.w.t menciptakan tubuh
manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi
isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini
mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai
dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di
kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar
menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral
seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong
dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama
terbahagi kepada dua kumpulan:
Yang Mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi
(rujuk www.islamonline.net)
berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat
tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau
menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk
perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas
dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut
beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas
yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari
Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh
dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali
Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh
di Universiti Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus
selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada
pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini
dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan Ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua
mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula
menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan
air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa
beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair
dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira
sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya
akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita
dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula
mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air
mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan
dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa
ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi
tadi.
Mazi ibarat najis lain yang
dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan
termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat
mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya
teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap
dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang
Malaysia juga ia adalah satu perkara yang tidak normal, khusus buat orang yang
agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga
tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut
Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Seksyen 337A di Singapura) dan jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara (Malaysia).
Justeru, mana-mana pasangan
kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh
undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar
dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan
ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi
mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:
Mufti Saudi Arabia bahagian
Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai
berikut,
"Adapun hisapan isteri
terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan.
Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain.
Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut
kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke
perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat
melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh
memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama
yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika
dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria
dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan,
Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah
sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral
sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut
pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan
Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Al-Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan
sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di
dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai)
haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan
menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan
telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang
untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil
juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan
haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah
diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya
seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya
mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Al-Albani ini adalah
tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan
panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua
jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan
kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah
binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun
menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya? Saya tidak
pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya.
Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang?
Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan
pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini.
Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa:
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan
menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi
menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk
mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan
menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan
mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan
penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika
perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan
bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi
dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara
kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang
akan diproses melalui dengan bahagian kimia).
4) Hukumnya menjadi harus
berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah'
kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan
membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang
diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama
pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram,
dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun
ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam
kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau
perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada
haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari
membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin
melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir
samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat
keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah
ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh
membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga
membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan
luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar
tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
19 Muharram 1429 H
28 Januari 2008
1 comments
Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
ReplyDeletetenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
mengecewakan kalian deh...
yuk ikutan gabung bersama Pesonasaya.com
Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
* Minimal deposit hanya Rp 20.000
* Minimal tarik dana Rp 20.000
* Dilayani oleh CS profesional dan ramah
* 24 jam online
* Proses Depo & WD super cepat
* No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
* kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.
Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :
* PIN BBM : 7A996166
* WA : +85511817618
Salam Sukses Pesonaqq.com