­

My Diary: Al-Muddassir, Surah Pemberi Semangat

11:01 AM



Setiap hari aku gelisah.
Sebuah panggilan yang sedang menungguku.
Banyak orang tidak tahu hati yang resah.
Panggilan khusus yang dipanggil untuk orang yang berilmu.

Aku takut.. Aku tak nak.
Tapi ikutlah harapan kedua orang tuaku.

Seluruh keluarga menaruh hati.
Empat tahun lebih sanggup menanti.
Kepulanganku dengan harapan tinggi.
Pengganti arwah datuk yang sudah lama pergi.

Aku teringat kisah Nabiku.
Selimutlah aku! Selimutlah aku!!

Tetapi Allah memberi dia semangat.
Bangkitlah wahai Muhammad.
Agungkanlah si Pemberi Rahmat.
Bangkitlah untuk seluruh umat.

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ ﴿١﴾ قُمْ فَأَنذِرْ ﴿٢﴾ وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ ﴿٣﴾ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ ﴿٤﴾ وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ ﴿٥﴾ وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ ﴿٦﴾ وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ ﴿٧﴾
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Agungkanlah Tuhanmu. Bersihkanlah pakaianmu. Tinggalkanlah segala perbuatan keji. Janganlah engkau memberi sesuatu dengan maksud memperoleh balasan yang lebih. Kerana Tuhanmu, bersabarlah.
(Surah al-Muddassir)

Jabir bin Abdullah al-Anshari berkata, Rasulullah menceritakan tentang terputusnya wahyu dengan sabdanya: "Pada suatu hari ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba terdengar suatu suara dari langit. Lalu mendongak pandanganku ke arah datangnya suara itu. Aku melihat malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kerusi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya, lalu aku pulang. Aku berkata kepada Khadijah, 'Selimutlah aku!' Lalu Allah menurunkan ayat, "Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Agungkanlah Tuhanmu. Bersihkanlah pakaianmu. Tinggalkanlah segala perbuatan keji."
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

FRIDAY, APRIL 18, 2014

You Might Also Like

0 comments