­

My Diary: Perkembangan Hidupku 14 Januari 2011

10:44 PM


Salam semua.

Hari ini Khair baik alhamdulillah. Sakit pinggang Khair semakin berkurangan. Cuma kadang2 bila bangun pagi dari tidur masih rasa kurang selesa. Semoga Allah menyembuhkan Khair.

Well, Khair masih lagi berada di SG. Masih menunggu jawapan dari Yogya.
Ada pelbagai faktor yang menyebabkan Khair lambat pergi. Antara faktornya ialah, ustaz yang menguruskan urusan sekolah terpaksa tukar kepada ustaz yang baru. Minggu lalu Khair baru saja beri certs kepada ustaz baru yang akan berangkat ke Yogya dan berjumpa dengan prof yang telah Khair temu tahun lepas untuk melihat perkembangan di sana. InsyaAllah, dengan usaha, doa dan sabar, Khair akan pergi juga.

Sementara menunggu jawapan dari yogya, ada banyak hikmahnya yang telah diberikan olehNya kepada Khair.
Sudah seminggu satu hari, Khair rasa yang Khair masih bermimpi bahawa sebenarnya Khair dah ada lesen kereta. ;-)
Walaupun belum lagi dapat peluang untuk memandu, Khair percaya suatu hari nanti Khair dapat juga memandu.
Nak ajak semua orang naik kereta yang Khair pandu. Terutama keluarga Khair dan kawan-kawan.

Memang benar setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.
Pada 6 haribulan, Khair telah menghadiri sidang Mesyuarat Agong Muhammadiyah Bahagian Zon.
Ini kali kedua dalam pengalaman Khair menghadiri mesyuarat sedemikian. Dalam mesyuarat tersebut, Khair telah dipilih sebagai setiausaha bahagian Zon Tengah. InsyaAllah, Khair akan melakukan sebaik mungkin dan akan melaksanakan amanah serta menimba sebanyak pengalaman yang bermanfaat sebelum meneruskan pelajaran Khair nanti.

Buat masa ni, Khair masih lagi bekerja di Alfiah Restaurant. Jika sudi untuk berjumpa, datanglah yer!!
Kalau tak tahu alamatnya, boleh hubungi Khair melalui Hp atau FB atau mana2..

Oklah, itu saja dari Khair buat kali ini.
Illaliqa'
Wassalam. :-)

Friday, January 14, 2011

You Might Also Like

0 comments