My Diary: Allah Maha Perancang Lagi Maha Bijaksana
2:37 PM
Tak ada sesiapa yang tahu rancangan kita
Bila kita nak makan, nak belajar dan nak kahwin
Kadang-kadang kita dah buat perancangan sebaik-sebaiknya
Tapi apa yang kita dapat tak seperti apa yang kita inginkan
Betul, tak ada sesiapa yang mahu perkara yang tak kita sukai
Bila suatu perkara terjadi yang tak seperti kita rancangkan
Kadang-kadang kita rasa marah dan benci
Tapi itulah yang Allah berikan
Aku teringat sejarah Nabi
Ada yang sayang dan ada juga yang membencinya
Yang benci nak seksa Nabi sampai mati
Tapi yang cinta berjuang ikhlas kerana Allah semata
Pernah tercatit dalam suatu surah
Surah Ali-Imran ayat ke lima puluh tiga
Si pembenci rancang supaya umat Islam musnah
Tapi Allah lebih dahulu merancangnya
Pernahkah kita terfikir hikmahnya
Rupa-rupanya rancangan Allah sesuai untuk kita
Padahal kita rasa sedih dan kecewa sebelumnya
Tapi itulah yang membuat kita bahagia
Tak ada sesiapa yang tahu rancangan yang terbaik untuk seorang hamba
Kecuali Allah sahaja yang tau mana yang terbaik untuk hambanya
Inilah nikmat hamba yang telah Allah berikan
Sebab Allah Maha Perancang Lagi Maha Bijaksana
...
Nikmatilah hadiah Allah yang telah Dia berikan
Syukurilah apa yang telah terjadi
Rancanglah sebaik-baiknya akal fikiran
Jangan lupa redha kepada Sang Illahi
Ahad, 8 Februari 2015
0 comments