­

My Diary: Hadis Tenang Ayam Berkokok (Bahasa Mamat Singapore)

11:01 AM


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal
---Ali Imran: 190---

Hadis Tentang Ayam Berkokok (Bahasa Mamat Singapore)

Bila budak bandar masuk kampung macam saya ni, dah tentu dia akan jakon melihat suasana kampung yang jauh berbeza dengan bandar..

Tengok sawa padi jakon. Tengok toilet lain sikit jakon. Tengok ayam, itik, kambing dan lembu, confirm jakon lah kan.. hehehe!

Budak bandar ni (saya lah tu) dah tiga tahun hidup di suasana kampung. Menuntut ilmu lah katakan... Tapi bukan menuntut ilmu kat kampung, suasananya kampung..

Bestnya tinggal kat kampung, kita bebas nak buat apa saja pun boleh. Nak tanam sayur ke...nak pelihara binatang ternak ke..nak buat kedai kopi sendiri ke.. kedai runcit ke... nak buat hotel pun boleh.. Cuma kat kampung ni jauh dari bandar. Susahnya kalau ada keperluan penting mesti jauh...

Budak bandar yang jakon ni ingat yang ayam berkokok time pagi je. Rupa-rupanya ayam pun berkokok pada waktu malam juga.. Ingatnya ada hantu atau apa (maklumlah kita ni kadang-kadang mistik terlebih), padahal cuma terlupa bahawa itu semua adalah tanda kebesaran Allah s.w.t.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda:

 وَإِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ، فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا
"Apabila kamu mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mintalah kurnia Allah (berdoalah), kerana dia melihat malaikat"

Dalam hadis yang lain yang disahihkan oleh al-Albani:

إذا سَمِعْتُمْ صِياحَ الدِّيَكَةِ مِنَ الليلِ ؛ فإنَّها رَأَتْ مَلَكًا ، فَاسْأَلُوا اللهَ من فضلِهِ
"Apabila kamu mendengar suara ayam jantan berkokok pada waktu malam, sesungguhnya dia melihat malaikat, maka mintalah kurnia Allah (berdoalah)"

Ibnu Hajar al-Asqalani pernah berkata bahawa Ad-diik (ayam jantan) mempunyai kekhususan yang haiwan lain tidak memilikinya. Iaitu mengetahui waktu-waktu malam.

Budak jakon ni dah lama dengarkan ayam berkokok pada waktu-waktu tertentu.

Pukul 11mlm-12mlm, confirm ayam berkokok. Tu tanda dah pertengahan malam.
Pukul 3pg-4pg, confirm ayam berkokok. Tu tanda dah sepertiga malam terakhir.
Perhatikan jadual waktu solat kita, 5-10 minit sebelum nak azan, insyaAllah ayam berkokok. Kalau tak berkokok, mungkin tekak dia tengah sakit..
Apalagi time nak sahur. Kalau ayam dah start berkokok, tu tanda dah nak dekat azan subuh. Usually kita panggil waktu imsak. So, kenalah cepat-cepat habiskan makanan sahur..

'Ala kulli hal, kita sebagai manusia mesti selalu memuji Allah s.w.t yang telah mengatur segala yang ada di langit dan bumi. Supaya manusia sentiasa bersyukur dan memerhatikan segala ciptaan yang Allah jadikan....

That's all from me... Semoga bermanfaat bagi diri budak jakon dan pembaca ye!

>>><<<

You Might Also Like

0 comments