­

My Diary: Impian

2:11 PM


Hari ini aku bermain,
Seperti anak-anak remaja yang aktif bermain bola.
Hari ini aku berlari,
Seperti kanak-kanak keriangan menuju ke tempat permainan.
Hari ini aku belajar,
Seperti murid-murid lain yang menuntut ilmu di sekolah.
Hari ini aku bernafas,
Seperti insan-insan biasa menghirup angin segar di udara..

Hari esok,
Aku tidak lagi seperti anak-anak remaja,
Tidak lagi seperti kanak-kanak keriangan,
Tidak lagi seperti murid-murid di sekolah,
Dan tidak lagi seperti insan-insan yang bernafas.

Sesungguhnya,
Semua ini hanyalah sementara belaka.
Aku akan kembali kepadaNya.
Aku akan disemadikan di tempat seketika,
Kemudian akan dibangkitkan semula di tempat yang kekal.
Tempat yang aku boleh lakukan lebih daripada bermain, berlari, belajar, dan bernafas,
Sampai bila-bila..

Tetapi untuk mendapatkannya,
Aku harus beriman dan bertaqwa kepadaNya.
Aku harus menjadi seorang muslim yang soleh,
dengan melakukan apa yang disuruhNya,
dan meninggalkan apa yang telah dilarangNya.
Aku juga perlu mengajak manusia lain kepada yang ma'ruf,
dan mencegah mereka daripada melakukan yang mungkar..

Aku mesti melakukannya bersungguh-sungguh.
Aku tidak boleh berputus-asa.
Demi mencapai impian.
Iaitu impian kehidupan syurga di akhirat yang berkekalan,
Buat selama-lamanya..

>><<

Sunday, December 13, 2009

You Might Also Like

0 comments