بسم الله الرحمن الرحيم
.
Dari Amirul Mu'minin Abi Hafs Umar Ibn khattab r.a, katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap amalan disertai dengan niat dan hanya tiap-tiap amalan itu ialah apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrahnya kerana dunia yang ingin memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya,
maka hijrahnya itu kepada apa yang ia inginkan."
~Riwayat Bukhari dan Muslim~
.
Ya Allah,
Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan.
Yang sering mulakukan kesilapan dan kesalahan..
Ya Allah,
Sesungguhnya tidakku sedari bertapa gelapnya hatiku ini.
Kerana kadang-kala niatku bukan keranaMu dan rasulMu ya Rab..
Ya Allah,
Perbaikilah segala amalan-amalanku,
dan ampunilah segala dosa-dosaku,
dan peliharalah aku
agar niatku ini sentiasa keranaMu dan rasulMu..
"Ya Tuhan Kami,
kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami,
niscaya pastilah kami temasuk orang-orang yang rugi"
"Ya Tuhan kami,
berikanlah kami (kebaikan) di dunia dan di akhirat
dan periharalah kami dari siksaan api neraka"
0 comments:
Post a Comment